Saturday, June 19, 2010

resipi kejayaan for remaja-part 1-resipi 1

slm..
resipi 1:

ADA MATLAMAT HIDUP

PEMBUKA SELERA

-ingin melangkah lebih jauh dalam hidup?
-hidup tidak bermatlamat?tiada wawasan?
-tidak tahu bagaimana hendak menetapkan matlamat hidup?

RESIPI UTAMA

1.Buatlah matlamat yg spesifik.nyatakan dngn jelas apa yg kita inginkan.apa?bila?Siapa?Berapa lama?Dimana?Bagaimana?dan apa2 penjelasan yg kita rasakan perlu bagi menjadiknnya lebih menarik.Lewis Walker,Presiden INstitut Jururunding Kewangan Berdaftar di Amerika Syarikat,memberikan suatu perkara mesti dielakan dlm mmbt sasaran,"jangan buat matlamat dan sasaran yg kabur."

2.jadikan matlamat itu suatu yg dapat dinilai.apabilatiba tempoh jangka masa yg ditetapakn,kita dpat menilai sama ada kita b'jaya mencapainya ataupun tidak.Contohnya,mendapat'A' dalam subjek Matematik dapat dinilai,tetapi apabila kita mempunyai matlamat 'hendak menjadi seorg yg gembira',ia sudah tentu sukar untuk dinilai.

3.jadikan ia realistik.usah membuat matlamat yg t'lalu idealistik sehingga tidak praktikal untuk dilaksanakan.buatlah matlamat yg sesuai dngn kemampuan,minat dan kebolehan kita.tidal praktikal apabila kita hendak menyertai Pandu Putri jika kita seorg lelaki!

4.tetapkan tempoh masa yg jelas dan munasabah.tetapkan kerangka masa yg sesuai dngn matlamat yg hendak dicapai.apabila markah subjek Matematik sekarang adalah 60% adakah munasabah apabila kita hendak meningkatkan sehingga 98% dlm ujian esok hari?dengan itu,kita juga perlu melihat kemampuan,minat dan kebolehan kita dlm situasi ini.

5.serasi dngn jiwa.matlamat yg 'asing' dngn jiwa dan perangai kita biasanya akan ditinggalkan tidak lama kemudian.renunglah diri secara ikhlas dan jujur.apakah kepercayaan dan nilai yg ada dlm diri?bagaimana kita melihat sesuatu?apakah perkara yg dibenci?apakah idealisme kita?

6.pecah-pecahkan matlamat.mungkin matlamat kita terlalu banyak sehingga nampak sukar.bahagikan ia kepada tahunan,bulanan,mingguan, dan harian.apabila kita hendak mengumpul sebanyak RM100,000.00 dlm msa 30 tahun,berapakah duit yg perlu kita tabungkan setiap hari?berapa banyak yg hendak dimasukkan ke dalam akuan pelaburan setiap bulan?

7.sebarkan kepada orang lain.bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi dngn memberitahu orang lain apa yg kita hendak capai,ia meningkatkan semangat kita.lebih daripada itu,org lain juga mungkin dapat mmberi idea dan bantuan bagaimana mencapainnya.

8.kita mesti bertanggungjawab.ia adalah matlamat milik kita,bukan milik ibu bapa,rakan ataupun jiran.oleh itu,betanggungjawab dngn apa yg kita tentukan untuk diri.selalulah menbuat post mortem dan munasabah pretasi matlamat kita.ia bukan perkarayg sukar apabila matlamat kita mempunyai rangka masa dan dapat dinilai.

9.berdisiplin dan istiqamah.ramai org yg mempunyai matlamat tetapi hnya tinggal matlamat.tetapkan standard disiplin yg perlu dipatuhi dan tentukan tahap minimum usaha yg perlu kita lakukan dalam suatu masa.

PENCUCI MULUT

secara ringkasnya,ada tiga perkara utama dlm perancangan hidup.Pertama adalah sasaran yg jelas,kedua perancangan dan ketiga tindakkan.Apabila kita hendak berjaya dlm hidup,lakukanlah semua perkara ini.Adakah kita sudah memounyai ketiga-tiga daripadanya?

PERENCAH TAMBAHAN
'sudah menjadi fitrah masa bahawa sesuatu perkara aka berlaku dalam sesuatu masa.oleh itu,rancanglah sesuatu'
(kata-kata pujangga)

No comments:

Post a Comment