Friday, December 25, 2009
tahniah....
Sang jejaka idaman, Si Fariz hadir di kolej menjadi jejaka pujaan ramai. Zaza jatuh cinta!
Sanggupkah Zaza makan hanya dua sudu nasi dan mengunyah tomata atau epal setiap hari semata-mata untuk Fariz? Bukankah selama ini Zaza makan coklat hingga lima kali sendawa!
Hatinya mahu coklat! Tapi jiwanya mahu memiliki Fariz. Maliz dan Asyikin, racun dalam hidup Zaza, tiba-tiba merancang sesuatu. Hidup Zaza bagai di neraka seketika. Siapa menang dalam pertarungan merebut perhatian Fariz? Apa terjadi apabila Zaza terbaca komen dan catatan di blog ibu Fariz, Puan Faridah?
Antara coklat dan Fariz, yang mana raja di hati Zaza?
Tapi… ada satu masalah besar yang harus dihadapi oleh Jasmine menjelang ulang tahun yang ke-17nya itu. Dia terpaksa menjalani hukuman selama 100 jam. Apakah hukuman 100 jam itu, dan mengapa dia sampai dikenakan hukuman itu?
nie pown sma...bku nie pown aq cari gak...mcm la nk bca bnyk2 mcm nie...tap mmg aq kemarok sngt nk bca bku2 nie...Sofea sangat kecewa apabila mama dan papanya mengambil keputusan untuk bercerai. Hatinya bertambah sakit apabila papanya memutuskan supaya Sofea tinggal bersama mamanya. Kemarahan Sofea terhadap ibu bapanya menjadikan Sofea remaja yang nakal. Dia berulang kali dibuang dari sekolah kerana kenakalannya yang di luar batasan.
Akhirnya mama Sofea memutuskan untuk pindah ke kota baru supaya dapat mengubah perilaku Sofea. Pelbagai kerenah yang dilakukan Sofea di sekolah barunya supaya dia dibuang sekolah lagi. Namun, akhirnya Sofea berubah. Mama, papa, serta gurunya juga hairan.
Kenapa Sofea berubah? Apakah yang membuatkannya berubah? Siapa pula Si Hadi, budak lelaki yang sering tidak mengikuti kelas pendidikan jasmani itu? Apa kaitan Hadi dengan Sofea?