Saturday, June 19, 2010

resipi kejayaan-bahagian 1-resipi 2

MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI

Pembuka selera
-sentiasa rsa lemah semangat?
-tidak berani melakukan perkara yg baru?
-hidup tidak melangkah ke hadapan?

Resipi Utama

1.fikirkan boleh.tidak ada yg mustahil sebelum mencuba.Kenapa perlu mengalah sebelum mencuba?kalau org lain dapat melakukan,mengapa tidak saudara?Ini adalah cogan kata yg perlu kita sematkan dlm minda dan hati.Dengan berpegang ke[ada cogan kta ini,tiada apa yg mustahil dalam hidup saudara.

2.Saudara bukan gagal,cuma belum berjaya.Jangan cepat melebelkan diri sendiri sebagai seorang yg 'GAGAL'.kesannya amat buruk.Saudara bukan gagal,tetapi belum berjaya.Mungkin saudara hanya memerlukan selangkah lagi untuk berjaya,jadi mengapa berhennti sekarang?

3.Berdikari.Jangan terlalu bergantung pada org lain.Semua manusia dalam dunia ini mempunyai kelebihan yg tersendiri.Saudara juga tidak tewrkecuali.Apa yg perlu dilakukan adalah mengenali potensi diri dan menggilapnya.Saudara dapat melakukannya sendiri tanpa bergantung kepada org lain.Adakah saudara mempunyai kekuatan yg tidak dimiliki oleh org lain.

4.berfikir secara kreatif.Dengan berkreatif,saudara dapat melihat 'cahaya-cahaya' baru yg menerangi 'kegelapan' selama ini.Kadangkala,perkara itu bukan sukar.Tetapi,oleh kerana saudara menyempitkan fikiran,akhirnya saudara akan terasa terhimpit dan hilang motivasi.Oleh itu,belajar untuk kreatif.

5.Bersikap positif dan optimis.Langit x selamanya mendung.Alam x selamanya malam.Pasti suatu masa,fajar akan menyinsing datang menyebarkan sinarnya.Jangan berputus asa dngn rahmat Tuhan.Berbaik sangka dengan-Nya dan berusaha sehingga berjaya.

6.berilah sedikit masa untuk berjaya.Ia seperti bercucuk tanam.Jika hari ini saudara menyemai pokok durian,mungkin lima tujuh tahun nanti saudara dapat hasilnya.Begitu juga dlm karier dan kerjaya.Saudara memerlukan masa untuk mendaki tangga kejayaan.

7.Rujuk matlamat hidup.Adakah saudara berada di landasanya?Jika ya,jgn gundah gulana.Saudara tidak akanntersesat selagi di atas landasan yg betul.Teruskan dngn jadual perancangan saudara dan tingkatkan usaha.

8.Pertingkatkan ilmu dan kemahiran.Mungkin bukan kerana saudara tidak boleh berjaya,tetapi ada beberapa'kelengkapan' yg masih belum dimiliki.Ia adalah ilmu dan kemahiran.Saudara boleh mendapatkannya melalui pendidikan formal dan tidak formal.Tetapi,terdapat suatu sistem pendidikan yg mempunyai kesan yg sangat hebat iaitu pengalaman.Belajarlah daripadanya.

9.Fahami fitrah alam.Kejayaan bukan suatu yg mudah.Jika saudara ingin menjadi seorg yg tewas,ia sngt mudah.Jika hendak mendapatkan wang, saudara perlu bekerja.Tetapi,jika hendak kehilangan wang, saudara boleh mencampak-campakkannya ke mana-mana.Mudah bukan?Itulah hukum alam.Kejayaan bukan perkara mudah.Jangan rasa lemah dan longlai semata-mata kerana ia sukar.Mungkin itu petanda kejayaan semakin hampir.

PERENCAH TAMBAHAN

Nabi Muhammad pernah ditawarkan jawatan yg tinggi,harta yg bnyk dan wanita yg tercantik dengan syarat beliau berhenti membawa agama Islam di Tanah Arab.Walaupun menerima tekanan dan tentangan yg hebat sebelum daripada itu,beliau tetap bersama dngn perjuangan.Beliau adalah contoh paling baik bagi meununjuk kan keteguhan dan keyakinan diri.

PENCUCI MULUT

"Perkataan mustahil hanya ada dalam kamus org dunggu"
(Napoleon Bonaparte)

'Sedikit benar yg mustahil kalau ada kerajinan dan kemampuan"
(Samuel Johnson)

"Semua kejayaan yg hebat memerlukan masa"
(David Joseph Schwartz)

No comments:

Post a Comment